Wednesday, August 22, 2012

Keluarga dan Hari Raya

 
1 Syawal 1433 Hijrah.

Semoga Allah menerima segala amalan kebaikan dan diampunkan segala dosa.

Monday, August 13, 2012

Hubungan Asia Tenggara dan 3 kota suci

Asia tenggara merupakan rantau yang agak muda dari segi hubungan dengan 3 kota suci (Makkah,Madinah dan Bait-ul-Maqdis).

Laluan darat dari semenanjung Malaysia memang memungkinkan untuk kita sampai ke tiga kota suci ini dengan menaiki kenderaan ataupun berjalan kaki.

Sejauh mana hubungan rantau ini dengan 3 kota suci ini adalah suatu subjek yang sangat baik untuk dikaji. Peradaban dirantau ini dan asimilasi dengan peradaban dari 3 kota suci ini merupakan bidang baru yang masih banyak ruang dan sudut untuk kita terokai. Maka saya mulakan siri pertama makalah Asia Tenggara +3 ini dengan nama Allah. Al Rahmaan dan al Rahim.




Saturday, February 11, 2012

Kehidupan Rasulallah dan Sahabat Nabi Saw adakah tergambar difikiran kita begini dan begitu

"Alllah SWT telah menunjukkan Agama Islam melalui kehidupan Rasulallah SAW dan amalan para sahabat baginda"


Kita baca Al-Qur'an setiap hari baik didalam solat atau diluar solat, samaada kita sedar atau tidak apa yang kita baca itu adalah diturunkan sewaktu kehidupan Rasulallah dan sahabat baginda. Generasi sewaktu turunnya Al-Qur'an adalah paling faham tentang Al-Qur'an bahkan generasi ini telah diendos oleh Allah SWT sebagai generasi yang diredhai olehNYA.

Saturday, September 17, 2011

Sejarah: Antara Melayu, Melaka dan Syiah

Tak tahu kenapa beberapa hari dalam minggu ini, isu sejarah menjadi tumpuan otak aku untuk menjadi santapan akal. Ini mungkin penangan Tn Haji Mohamad Sabu (Abe Mat), orang no 2 dalam PAS.

Selepas itu ada isu yang paling mengjengkelkan aku iaitu isu Syiah yang nak jadi hero kepada budaya Melayu. Pada aku Syiah tiada tempat di hati Aku. Iran adalah contoh kerosakan Syiah. Syiah oh Syiah cukuplah dengan penipuan engkau terhadap Sejarah Khalifah Islam.

Semasa Aku membaca buku-buku sejarah di internet, aku dapat terjumpa satu hikayat yang mengatakan pendekar Melayu Melaka di dendangkan dengan Hikayat Muhamad Ali Hanafiyyah pada malam di mana Portugis menjatuhkan kota Melaka.

"Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini
Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi Hikayat Amir Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita beri Hikayat Hamzah. Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, maka semuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah."


Aku pun mulalah mencari siapakah dia Muhammad Ali Hanafiah yang menjadi lagenda dalam teks hikayat tersebut. Ternyata ianya adalah watak yang di perbesar-besarkan oleh Syiah.

bersambung

Thursday, September 8, 2011

Somebody special in my life

Masih ada masa untuk berfikir


Setiap detik dan saat yang akan kita lalui dengan Izin Allah subhanahuwataala merupakan peluang untuk kita berfikir sebelum melakukan tindakan.

Apabila kita diberi peluang oleh Allah untuk belajar mendengar dan membaca Al Qur'an dan membaca hadith-hadith RasulNya, kita sebenarnya diberi peluang oleh Allah untuk berfikir atas apa yang kita baca.

Selagi ada hayat kita masih ada untuk berfikir.Berfikirlah untuk beramal.

Fikir-fikirkanlah dimana kita akan pergi nanti dan apa yang kita akan bawa nanti.